12 petua sebelum naik pelamin
Okay kali ni kita share petua untuk pengantin perempuan pulak. Pengantin lelaki nak ikut pun boleh. Nak kahwin mesti la nak cantik serba sebi kan. So enjoyyyy xoxo
MENCANTIKKAN KUKU TANGAN & KAKI
letakkan 5 hingga 10 keping asam keping dan garam halus ke dalam air suam. biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 hingga 30 minit. insyaallah kuku akan kelihatan lebih bersih dan cantik.
MEMUTIH & MENGILATKAN GIGI
ambil beberapa helai daun kelapa kering . kemudian bakar sehingga menjadi abu. gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. ulangi proses ini untuk dapatkn gigi yang lebih putih dan berkilat
HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
lekapkan pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan. biarkan semalaman dan lakukan 3 kali seminggu
MERAHKAN BIBIR & MUKA
sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. lakukan selama seminggu dan lihat hasilnya, kulit muka dan bibir akan kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi.
HILANGKAN DAKI PADA KULIT TUBUH
amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. gosok juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha dan bawah lengan. lama kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih
HALUSKAN KULIT KAKI & TANGAN
sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam. biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan. selepas itu basuh bersih dengan air suam. insyaallah kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut
MATA BERSINAR
sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kamu bukan? saya kongsikan rahsia mata bersinar secara semulajadi. basahkan kapas dan masukan ke dalam air teh pekat yang sejuk. kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika. amalkan beberapakali dalam seminggu dan insyaallah mata kamu sentiasa segar dan bersinar.
RAMBUT SELEMBUT SUTERA
jika kamu bercadang untuk membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. selepas bangun tidur pada waktu pagi. syampu rambut dan bilas sampai bersih. lap rambut sehingga hampir kering,. kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk di jadikan perapi rambut. jika kamu berambut lurus, bolehlah di sikat terus, tetapi jika kamu berambut kerinting, seelok-eloknya di biarkan seketika dan kemudian barulah disikat. ia bertujuan mengelakkan hujung rambut daripada putus dan bercabang.
KULIT CERAH & LICIN
bosan dengan ritual mandi susu dan pupur untuk dapatkan kulit tubuh yang cerah? cuba ini, ambil sebiji limau nipis dan belah 2, gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi. insyaallah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.
KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA
tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. campurkan sedikit air dan 1 camca besar madu asli. kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. biarkan lebih kurang 15 minit, kemudia cuci dengan kapas menggunakan air suam. hasilnya kulit wajah tegang, lembap, lembut, rasa lebih segar dan licin. amalkan 3 hingga 4 kali sebulan dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik bermaya
MEWANGIKAN RAMBUT
ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. kemudian sapukan ke kepala, biarkan beberapa ketika, selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam, ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.
Good luck dekat bakal2 pengantin di luar sana ya :D
Comments
Post a Comment