advanced birthday surprise from una dan lysa

assalamualaikum semua. syaza di sini. blog hari ini adalah mengenai birthday surprise untuk saya khas daripada kawan-kawan saya iaitu husna dan aliysa. cerita nya bermula apabila lysa ajak aku dengan una keluar hari isnin yang lepas iaitu pada 1/1/2016. aku pun ok jelah sebab aku takda apa2 aktiviti pun masa tu. pelik gak la tiba2 lysa ajak keluar. dia kata sebab dia rindu. lepas tu sangat la tak tahu nak pi makan kat mana. aku pun malas nak tanya lebih2. pada aku, mana2 pun boleh asalkan leh makan dan lepak sekali.

janji dalam pukul 12 nak jumpa sebab kelas lysa habis pukul 12. aku pun siap lambat la dalam pukul 11 aku siap mandi semua. pukul 12 aku dah siap completely. pakaian aku sangat lah simple. sebab pada aku macam, alaa nak jumpa dorang je pun. pastu nak pi makan. lepas tu balik. rasa macam kalau pakai cantik2 pun macam tak guna. so pakai baju muslimah dengan seluar macam biasa aku selalu pakai.

lysa kata dia akan amek lambat sikit sebab konon nak kena consult dulu dengan madam about her lesson plan. aku pun percaya. dan aku boleh je tunggu. sebab aku memang akan naik kereta una atau lysa kalau keluar. dalam pukul 1 camtu dia datang amik aku kat rumah. aku pun ikut lah. sebelum aku naik kereta tu, dalam group wasep kitorang, una kata makan kat kfc jela. dia kata dia dah belikan set terus untuk kitorang. aku sangat lahhhhh syak wasangka masa tu. sebab sejak bila janji nak makan kat kfc, pstu selalu kitorang akan beli set sendiri. ni una dah belikan. pastu aku pun taknak la banyak tanya. aku ikut jela rentak dorang.

dah sampai kat kfc tu, aku dengan lysa turun la macam biasa. nampak lysa bawak beg pink cantik sangat. aku pun cakap kat dia, 'cantik beg kau'. hahahaha masa tu aku memang tak perasan apa2 lagi. dah nak masuk kat kfc, lysa kata kat aku, 'una suruh beli air mineral satu botol'. aku pun cakap ok aku beli kau masuk la dlu lysa. aku pun pergi la beli sebab masa tu memang aku pun nak air mineral.

lepas tu dengan tak semena2, hati aku berkata, 'takkan dorang buat surprise birthday kat aku kot. tapi kalau ye apa salahnya. tapi taknak la menaruh harapan sangat'. sumpah tak tipu. hati aku cakap camni masa aku nak pi beli air.

dah settle beli air, aku pun masuk lah kat kfc tu, lysa ada kat pintu kfc tu. aku pun hairan,' kau dah kenapa lysa?'. dia jawab 'tak, una nak air botol besar', aku pun cakap, 'msti lah aku beli air botol besar'.

dah naik tingkat atas, pastu lysa senyum2, aku pun pandang la sekeliling, tak nampak lagi. tiba2 nampak ada belon, ada una, ada kek, ada kfc bucket. aku sangat lah ternganga. hahahhahaha. rupanya apa yang aku sangka kan memang betul. memang orang sekeliling tengok siapa birthday girl nya tu. hahaha dan paling epic, sambut 3 orang je. so sweetttt.  hahahaha

ni gambar2 kenangan......



lepas habis makan semua, kitorang rancang untuk pergi ke tempat karaoke dan menyanyi. so aku dan lysa naik kereta una dan pergi sama2. bayar rm10.60 untuk satu jam tapi lysa tak dapat nak tunggu lama2, so 20 minit sebelum tamat, kitorang balik. mak dia dah call. paham dah laa.














ps. i love you both


Comments

Popular posts from this blog

Masih Hidup, Masih Bersyukur: Memahami Makna Kebahagiaan Sejati Selepas 7 Tahun TTC ✨

Satu Surah Pendek Yang Mengajar Kita Jangan Terlalu Judge Orang Lain 📖💖

Takut Kehilangan Orang Tersayang: Normal Ke Perasaan Ni?