Selesai satu tugasan
30/3/2016
Alhamdulillah selesai satu debaran harini iaitu temuduga di LHDN. Actually bukan lhdn. Tapi ppm. Pusat pemprosesan maklumat under LHDN jugak lah
Tido rumah una semalam. Pukul 5.30 dah terjaga, mandi solat semua. Lepastu baca la sikit2 maklumat tentang LHDN. Hahaha baca kemain lagi. Satu soalan dari nota tu langsung tak ditanya.
Pukul 7pagi bertolak dari rumah Husna, hantar hanis ke sekolah(Bangi). Dalam 7.30 sampai ke Bangi dah. Hanis dah turun, terus ke LHDN. Depan sekolah hanis je ofis tu.
Pukul 8.00am masuk lah ke dewan dia. Ramai la jugak. Kemudian tggu sekejap. Nama dipanggil mengikut huruf pertama nama. Contoh nama Puteri, so dia akan cakap, siapa nama start huruf P, kita pergi la ke meja yg diarahkan.
Sebenarnya waktu nama aku, ada konflik sikit. Sebab pegawai tu kata sepatutnya nama aku esok. Padahal pegawai yang call aku, cakap aku interview 30/3. Aku pun tak tentu arah la rasa hati. Last2 dapat gak peluang utk interview harini. Hehehe terima kasih pegawai2 LHDN. Bukan salah saya 😩
Ok, the most nervous part is when we are asked to go inside the room. Time kita kena masuk, dia akan bunyi loceng, so kita kena peka la sikit.
Soalan yg dia tanya:
1) boleh ceritakan sikit tentang diri anda, education background dan pengalaman bekerja?
2) kenapa berminat utk kerja disini?
3) boleh kerja under pressure?
4) kalau dalam group kerja ada masalah, camna anda hadapi situasi itu?
5) apa pendapat anda tentang orang yang merokok dalam pejabat?
6) boleh buat keje last minute?
7) sanggup keje ot?
8) ada fb/wasep?
9) apakah isu semasa?
10) cerita serba sedikit tentang LHDN
11) apa fungsi pusat pemprosesan maklumat?
Rasanya ini je kut soalan yg dia tanya. Ha tudia. Kau rasa?? Hahaha. Insyaallah tawakal je skng ni. ada rezeki adalah.
Setiap interview adalah dalam 25minit minimum seorang.
Lepas habis interview, aku dengan Husna dah pening, dah menggigil, dah lapar sgt. Makan kat ioi city mall. Makan boat noodle. Bagi aku, mee Kari kat kawasan umah aku lagi sedap. So disebabkan tak ckup, ktrng sambung makan sushi zanmai. Semua Husna belanja. Hahah sebab syaza tak ckup duit.
Hehe thank u Husna😘
Comments
Post a Comment